February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


*Mohd Puad Zarkashi*
_Ahli Majlis Tertinggi UMNO_

1. Semalam “MALAYSIAKINI” portal pro pembangkang secara biadap berani menyiarkan satu artikel “Pro Israel” dalam portal mereka. Di saat rakyat Malaysia dan antarabangsa mengecam tindakan Amerika Syarikat untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitul Muqqadis, tiba-tiba MalaysiaKini bersikap pro Israel. Di saat semua anggota Majlis Keselamtan PBB (kecuali Amerika) mengundi mengecam tindakan Amerika, tiba-tiba MalaysiaKini mahu menyalahgunakan kebebasan media untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia yang akan berhimpun hari ini bersama Perdana Menteri di Masjid Putrajaya untuk membantah tindakan Donald Trump itu.

2. Artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan dan Turkey yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi Ibu Negara Jewish sejak 3,000 tahun lalu. Bahkan masyarakat Jewish adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.

3. Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding “Judaism” menyatakan Jerusalem adalah kota paling suci untuk orang Yahudi.

4. Hakikatnya orang Palestin adalah majoriti di Jerusalem sehinggalah ke tahun 1900an sehinggalah penjajah British menggalakkan perpindahan penduduk Yahudi ke kawasan berkenaan.

5. Apakah rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini adalah bodoh? MalaysiaKini memang melampau.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons