February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat nelayan yang layak menerima bantuan, tidak menerima elaun sara hidup sejak awal tahun 2017 sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Pengarah LKIM Melaka, Rosli Mustapa menafikan bahawa terdapat nelayan yang layak namun gagal menerima elaun dari pihaknya, kerana pemantauan sentiasa dijalankan ke atas rekod nelayan di negeri ini bagi memastikan kelayakan mereka untuk menerima elaun RM300 sebulan itu.

Beliau berkata, antara kelayakan perlu dipenuhi nelayan adalah mendapat lesen daripada Jabatan Perikanan dan ke laut sebanyak 120 kali dalam tempoh tiga bulan, dengan beberapa kelonggaran diberikan atas faktor tertentu seperti cuaca dan kesihatan.

Katanya, apabila pihaknya mengesan nelayan yang tidak aktif ke laut menangkap ikan, elaun sara hidup meraka akan disekat. “Ini kerana, apabila mereka tidak ke laut, ia menunjukkan menangkap bukan keutamaan sumber pendapatan mereka,” katanya sambil menambah bahawa ia masih tertakluk kepada rayuan agar siasatan sebenar dilakukan bagi mengenalpasti jika mereka benar-benar layak.

SUMBER :

Berita Harian



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons