February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PIHAK berkuasa keselamatan Ukraine (SBU) dilaporkan berkata telah menahan seorang pembantu Volodymyr Groysman, Perdana Menteri negara itu, kerana disyaki menjadi perisik Rusia.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh SBU, pada hari rabu, suspek dikatakan “mengumpul informasi tentang aktiviti-aktiviti kerajaan menggunakan peralatan khas,” sebelum menyerahkannya kepada individu tertentu.

Dia berdepan tuduhan khianat peringkat tertinggi.

Dalam satu kiriman melalui halaman Facebook rasmi miliknya, Groysman berkata lelaki tersebut merupakan “seorang pegawai dalam sekretariat kerajaan yang telah bekerja dengan musuh negara untuk satu jangka masa yang lama,”

Pihak SBU tidak mendedahkan identiti suspek ataupun jawatan rasminya, namun pegawai-pegawai lain mengenal pasti suspek sebagai Stanislav Yezhov.

Pembantu kepada seorang menteri Ukraine, Anton Gerashchenko dipetik sebagai berkata, Yezhov telah dilatih ketika bertugas dengan kedutaan Ukraine di Washington dan telah bertindak sebagai tali barut Rusia selama sekurang-kurangnya 2 tahun.

Isteri Yezhov merupakan seorang warga negara Rusia, dia mungkin telah dikambing hitam atau dipaksa untuk bekerja untuk Rusia katanya, sambil menyeru Yezhov agar bekerjasama sepanjang siasatan.

Seorang lagi pegawai yang juga merupakan penasihat kepada menteri yang sama, Stanislav Rechinsky menggelarkannya sebagai “penterjemah spontan paling hebat di Ukraine,”

Sebelum bekerja dengan menteri-menteri kabinet, Yezhov telah bertugas dengan pentadbiran presiden, sebagai penterjemah ketika sidang media bersama mantan presiden Viktor Yanukovych ketika lawatan oleh pemimpin-pemimpin asing dari luar negara.

Gambar-gambar yang dimuat naik dalam sebuah akaun media sosial dikatakan miliknya di laman sesawang Russia VK menunjukkan lawatan-lawatannya bersama Groysman termasuk gambar dia duduk di belakang perdana menteri itu ketika bertemu dengan bekas naib Presiden Amerika, Joe Biden.

Pihak SBU mendedahkan suspek ditahan di tempat kerja.

Yezhov kini sebaris dengan pegawai-pegawai tinggi Ukraine yang dituduh menjadi talibarut Rusia berikutan revolusi pro-Eropah yang berlaku di negara itu dan telah menggulingkan, Yanukovych bekas pemimpin Pro-Moscow dalam bulan Februari 2014.

Kedua-dua negara berkenaan saling bermusuhan berikutan pertikaian Wilayah Crimea di semenanjung Ukraine serta konflik berterusan yang berlaku di timur negara itu di mana golongan pemisah pro-Russia telah mengistiharkan kemerdekaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons