February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Sebanyak 20 suspek ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas dalam beberapa siri operasi sejak 30 November hingga 15 Disember lalu.

Operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertempat di Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan juga Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua lelaki yang ditahan terdiri daripada tujuh warga tempatan, tujuh warga Filipina, lima warga Indonesia dan seorang warga Afrika.

“Seorang daripada suspek yang berusia 24 tahun merupakan pemimpin kanan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang merancang mengumpul dana di Malaysia sebelum berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh.

“Suspek juga terlibat dalam insiden pengeboman di Bandung pada Julai lalu sebelum menyusup masuk ke negara ini bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, kesemua tangkapan yang berusia antara 16 hingga 50 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta 747 Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons