February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

PUTRAJAYA: Semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik dan
agama diseru menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis
yang diadakan di Masjid Putra di sini esok.

 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman
Mustapha berkata, kehadiran rakyat Malaysia dalam himpunan itu bagi
menyemarakkan lagi semangat dalam memberi sokongan terhadap isu
Baitulmuqaddis agar ia terus kekal di bawah penguasaan umat Islam.

 

“Jakim justeru itu, menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai
ke himpunan perdana ini yang bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga 3
petang.

 

“Seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dijemput untuk
bersolidariti bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi demi
mengembalikan hak eksklusif rakyat Palestin ke atas Baitulmaqdis dan
juga seluruh bumi Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurut Othman, semoga himpunan perdana itu akan berjaya menghasilkan
impak yang besar kepada solidariti umat Islam di Malaysia dan di seluruh
dunia terhadap isu Baitulmuqaddis dan Palestin.

 

Katanya, penganjuran himpunan ini adalah merupakan lambang solidariti
rakyat Malaysia secara aman bagi memberi sokongan terhadap rakyat
Palestin dan menunjukkan protes kita terhadap cadangan Baitulmuqaddis
dijadikan sebagai ibu negara Israel.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons