February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Kaedah ‘Bunga Semun’ iaitu singkatan bagi buka,
nganga, senyum dan muncung yang memfokuskan cara sesuatu huruf itu
disebut, dicipta dalam tempoh sebulan oleh 5 pelajar Institut Pendidikan
Guru Malaysia.

 

IPGM_pelajar_600

BESUT: Lima pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus
Sultan Mizan, di sini, berjaya mencipta kaedah menguasai bahasa Arab
dengan menggabungkan kaedah tradisional dan teknologi digital.

Kaedah yang dinamakan “Bunga Semun” itu dicipta dalam tempoh sebulan
oleh Norazman Ahmat Syafri bersama Muhammad Ikhwan Mohd Amin, Muhammad
Aizuddin Mingu, Nurul Nazihah Jamilkhair dan Medina Mohd Noor.

Norazman, 23, yang mengetuai kumpulan pelajar terbabit berkata,
“Bunga Semun” adalah kejayaan terbaik setakat ini kerana mampu
menewaskan ciptaan 46 peserta lain, termasuk dari Iran, Jordan, Mesir
dan Jepun dalam memperkasakan PdP Pendidikan Bahasa Arab di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Isnin lalu.

“Ciptaan ini timbul bagi mengatasi kerisauan terhadap murid sekolah
yang masih tidak dapat menguasai asas huruf hijaiyyah dalam bahasa Arab.

“Proses membaca bahasa Arab perlu menggunakan sistem talaqqi yang
sudah sekian lama digunakan sejak zaman nabi dan para sahabat, yang
memerlukan bimbingan guru dalam proses penilaian membaca,” katanya yang
ditemui Bernama hari ini.

Kaedah “Bunga Semun” iaitu singkatan bagi buka, nganga, senyum dan
muncung ini memberi tumpuan kepada bagaimana sesuatu huruf itu disebut.

Pada Hari Inovasi PdP Bahasa Arab di Hari Bahasa Arab Sedunia 16
hingga 18 Disember lepas di UKM itu, kaedah tersebut diumumkan sebagai
pemenang pingat emas mengalahkan hasil pengkaji lain yang terdiri
daripada profesor, doktor falsafah, pensyarah dan pendidik dari seluruh
dunia.

Pasukan yang terdiri daripada pelajar tahun akhir itu bersyukur
kerana akhirnya menemui kaedah tersebut yang mampu memperkukuhkan
penggunaan serta penguasaan bahasa Arab selaras kehendak pedagogi
(kajian mengenai pengajaran) abad ke-21.

Hasil kajian inovasi “Bunga Semun” pasukan itu juga diterima untuk
dibentang di Universiti Darussalam, Brunei pada akhir Januari depan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons