February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Salman Ali 


 Presiden Pas menggunakan kiasan pada tempat yang salah justeru pemahaman jenis ini berkemungkinan membawa malapetaka yang besar dalam agama dan masyarakat.

 Menamakan atau tidak pemimpin bukan tuntutan agama sebaliknya mesti dinilai berdasarkan realiti dan maslahah dari segenap sudut.

 Rasulullah S.A.W tidak menamakan pengganti, demikian juga saidina Omar R.A. Sedangkan saidina Abu Bakr R.A telah menamakan pengganti.

 Abu Bakar R.A menulis nama Omar R.A sebagai pengganti dan ia dibaca oleh ramai orang. Apakah beliau ingin tegaskan yang Abu Bakar tidak mengikuti adab Islam. 

 Bahkan di Malaysia pada ketika ini, menamakan calon PM sangat membantu pengundi membuat pertimbangan.

 Sistem di Malaysia adalah demokrasi berparlimen dimana parti yang paling dominan berkuasa memilih perdana menteri. Hak yang ada pada rakyat hanyalah untuk mengundi wakil rakyat.

 Idea tuan guru presiden PAS ini hakikatnya mengajar pengikut untuk taksub buta. Sekadar pilih parti dan yang selebihnya biarkan pemimpin parti tentukan samada mahu melantik malaikat atapun syaitan menjadi PM. 

 Kalau anda suka ataupun tidak suka menamakan calon PM katakan sahaja pandangan anda tetapi jangan kait dengan agama. Jangan sampai Islam kedengaran jelek kerana tafsiran yang meyeleweng.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons