February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

JOHOR BAHRU: Seramai tujuh lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Taman Pelangi, Ahad lalu.  

 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dengan
tangkapan terbaru itu, menjadikan keseluruhan individu yang ditahan
setakat ini seramai 13 orang.

 

Ujarnya, tangkapan dilakukan pasukan siasatan khas Bukit Aman.

 

“Ini menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai 13 orang berusia antara 16 hingga 26 tahun,” katanya.

 

Terdahulu, seramai enam individu sudah direman selama seminggu, bermula hari ini. 

 

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, Tan Aik Chai, 44, mati di
tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta BMW 520i
dinaiki empat lelaki ketika berhenti mengisi angin keretanya di sebuah
stesen minyak bersama-sama seorang wanita warga Vietnam.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksi
awalnya memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan
dua kumpulan kongsi gelap.

 

Mayat mendiang disemadikan di Taman Peringatan Jelutong Funeral Parlour di Jalan Sungai Putat, Melaka, tengah hari tadi. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons