February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

PAS Pahang yakin menawan kawasan majoriti Melayu walau tanpa kerjasama dengan pembangkang lain.

Rosli-Abdul-Jabar-pas-pahang

TEMERLOH:
PAS akan meletakkan 10% calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi
parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pesuruhjaya PAS
Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Menurutnya, calon akan dipilih dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Untuk peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula, bergantung pada
keadaan semasa,” katanya selepas Mesyuarat PAS Pahang di di sini.

Beliau berkata PAS Pahang juga memutuskan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 38 DUN dan 13 kerusi parlimen pada PRU14 nanti.

“Kita telah mengenal pasti calon yang bakal bertanding dengan
pelbagai latar belakang termasuk aktivis masyarakat, profesional dan
golongan agamawan. Sebanyak 40% merupakan golongan muda dan 10% lagi
merupakan calon muslimat,” katanya.

Rosli berkata pihaknya yakin menawan kawasan yang mempunyai majoriti
pengundi Melayu meskipun tanpa kerjasama parti pembangkang lain
bersandarkan sokongan 200 badan bukan kerajaan di bawah gabungannya,
Gagasan Sejahtera.

PAS kini menyandang 2 kerusi DUN di Pahang, iaitu Tanjung Lumpur dan Beserah, serta satu kawasan Parlimen iaitu Temerloh.

Satu lagi kerusi DUN dimenangi pada PRU13 iaitu Kuala Semantan kini
berubah kepada Amanah selepas penyandangnya Syed Hamid Syed Mohamed
keluar PAS.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons