February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU 23 Dis. – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan mengesan tindakan segelintir peniaga di pasar besar sekitar negeri ini yang sering mengambil kesempatan menaikkan harga barangan kawalan terutama ayam setiap kali tibanya musim perayaan.

Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, kebanyakkan peniaga terbabit menaikkan harga barangan kawalan itu sehingga mencecah paras harga siling yang ditetapkan kerajaan.

“Saya lihat, perkara ini sudah menjadi trend dan PPDNKK Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan peniaga yang suka mengambil kesempatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 Peringkat Negeri Kelantan di KB Mall di sini hari ini.

Ab. Ghani memberitahu, pihaknya sudah mengenalpasti lebih 20 pasar besar di sekitar negeri ini yang sering menaikkan harga barangan kawalan setiap kali musim perayaan.

Katanya, PPDNKK Kelantan akan menempatkan anggotanya di semua lokasi panas untuk memantau harga barangan kawalan terutama ayam di kawasan yang sering berlaku kenaikkan. -UTUSAN ONLINE




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons