February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUCHING 23 Dis. – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu kuat jika mahu menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang kukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, untuk menjadi kuat, parti terbabit perlu merancang, melaksanakan apa dirancang dan paling penting bersatu.

“Kita (Barisan Nasional) perlu SUPP yang kuat apabila mahu menjadikan Sarawak kuat’.

“Tidak boleh tengok sahaja….tidak boleh gaduh saja,” ujarnya berucap merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Perwakilan SUPP Ke-24 di Ibu Pejabat SUPP di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Presiden SUPP, Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejayaan SUPP memenangi empat kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) yang lalu adalah bukti bahawa parti itu boleh menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Najib berkata, berdasarkan semangat ditunjukkan oleh Kui Hian dan perwakilan yang hadir pada persidangan kali ini, beliau boleh melihat keyakinan untuk merampas kembali enam kerusi Parlimen milik SUPP yang hilang pada PRU Ke-13 lalu sudah ada.

“Keyakinan sudah ada, tenaga sudah ada dan semangat sudah ada…kita perlu bekerja dan turun ke lapangan.

“Jangan buat jamuan makan malam kerana banyak orang akan kena tipu.

“Duduk dengan mereka (rakyat) dan bincang kenapa BN dan SUPP terbaik untuk mereka (undi),” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons