February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU 24 Dis. – Karnival EduFit yang akan berlangsung selama empat hari bermula 28 hingga 31 Disember ini di Hotel Grand River View (Hotel GRV), di sini dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Karnival tersebut merupakan anjuran Hotel GRV dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Jabatan Pergigian negeri, Gu Kita Berkat Resourses, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang dan Nadi Sihat.

Pengurus Residen Hotel GRV, Gan Yeong Shuoh berkata, karnival itu diadakan secara tahunan dan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai meluangkan masa bersama anak-anak sebelum sesi persekolahan bermula.

“Program ini juga menekankan kepada pembelajaran, gaya hidup sihat dan keluarga bahagia.

“Pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya pengembaraan hutan Indraloka, pertandingan dart antara suami isteri dan individu, pertandingan mewarna dan zumba,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Yeong Shuoh berkata, turut diadakan ialah ‘Night Run @ KB’ sejauh tujuh kilometer yang bermula dan berakhir di Hotel GRV pada 31 Disember.

“Program ini adalah sempena menyambut ambang tahun baru dengan aktiviti yang berfaedah dan lebih sihat dan setakat ini penyertaan diterima mencecah 1,005 orang,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons