February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia dan juga pemimpin
OIC perlu melakukan lebih banyak daripada sekadar bercakap dan
demonstrasi dengan mengenakan tekanan ekonomi, boikot ekonomi atau
diplomatik ke atas AS.

Dzulkefly-Ahmad-najib-razak-solidariti=putrajaya-malaysia

PETALING
JAYA: Seorang pemimpin pembangkang mengkritik retorik Datuk Seri Najib
Razak terhadap tindakan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel.

Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly Ahmad merujuk ucapan “berapi”
perdana menteri pada Himpunan Solidariti Baitulmaqdis di Putrajaya,
semalam.

“Najib dalam lawatannya ke Amerika Syarikat pada September lalu,
komited mengukuhkan ekonomi AS dengan berjanji membeli 25 pesawat Boeing
737-MAX 10, 8 Dreamliners 787 yang semuanya melebihi AS$10 bilion
(RM41.9 bilion).

“Sekarang Donald Trump memutuskan untuk memindahkan kedutaan AS ke
Baitulmaqdis, adakah retorik Najib ‘melangkah mayat saya dulu’ dalam
himpunan solidariti semalam, jaminan beliau untuk membatalkan tempahan
Malaysia ke atas pesawat AS bernilai AS$10 bilion, sebagai permulaan?”
soal Dzulkefly.

Dalam tunjuk perasaan di Masjid Putra semalam, Najib berkata, beliau
tidak akan membiarkan Baitulmaqdis menjadi ibu negara Israel, bermakna
beliau sedia berkorban demi kepentingan rakyat Palestin.

“Kita tidak akan berganjak, kita tidak akan berganjak daripada
memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengembalikan Baitulmaqdis
kepada mereka (seperti dijanjikan pemimpin Islam terkenal, Salahuddin
Al-Ayubi).

“Walaupun ia bermakna memotong saya sehingga kepingan kecil, hanya tinggal sekeping ‘daging’, kita tidak akan berganjak.”

Dzulkefly berkata, Malaysia dan juga pemimpin Pertubuhan Kerjasama
Islam (OIC) perlu melakukan lebih banyak daripada sekadar bercakap dan
menganjurkan demonstrasi besar-besaran.

“OIC, gabungan 59 negara Islam, organisasi kedua terbesar selepas
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu lebih kreatif dan bijak
dalam respons terhadap cabaran Trump.

“Bukankah jelas kepada OIC dan dunia Islam pada umumnya yang Trump
hanya memahami bahasa ‘dolar amat berkuasa’, dan sangat terdesak
memulihkan ekonomi AS,” katanya.

Dzulkefly berkata, Trump berminat dengan hubungan perdagangan dan mahu menarik pelaburan asing dari negara kaya OIC.

“Namun, sidang kemuncak OIC baru-baru ini tidak pun menangani isu
mengenakan tekanan ekonomi, apatah lagi mempertimbangkan boikot ekonomi
atau diplomatik.

“OIC sepatutnya mengambil tindakan tegas, kreatif dan tidak
konvensional untuk memberi pengajaran kepada Trump dalam ekonomi,
diplomasi, berbudi bahasa dan kedaulatan undang-undang.

“Tetapi, itu tidak mungkin berlaku dengan orang-orang seperti Raja
Saudi, Raja Salman dan anaknya yang bercita-cita tinggi, mengukuhkan
ekonomi AS dengan pembelian ‘senjata api’ bernilai AS$7 bilion untuk
menghancurkan Yaman dan melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Qatar.”

Bekas pemimpin PAS itu turut mengingatkan Najib dan pemimpin OIC yang
dunia sudah tahu mengenai rancangan Trump sebelum beliau dipilih tahun
lalu.

“Harus diingatkan Trump dalam manifesto pilihan rayanya menyenaraikan
pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, dan ini disahkan
naib presidennya, Mike Pence pada Mei 2017.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons