February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kumara Sabapatty

Presiden Pekira, Mohd. Ridzuan Abdullah (tengah) meraikan salah seorang ahli parti itu di Kajang hari ini.

 

KAJANG –  Sesetengah parti komponen Barisan Nasional (BN)
dan pemimpinnya didakwa masih ‘tidur’ dan tidak bersungguh-sungguh
mendekati dan memperjuangkan masalah rakyat.

 

Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah
mendakwa, melihat kepada keadaan politik semasa hanya UMNO sahaja
bekerja mati-matian untuk PRU-14.

 

Katanya, cara pemikiran parti-parti komponen BN masih bersifat
ortodoks dan kuno sehingga tidak sedar diri arus perubahan dan
perkembangan pemikiran rakyat sekarang.

 

“Komponen BN leka da tidak buat kerja secara ikhlas dalam
memperjuangkan rakyat dan saya dapat melihat mereka mula merasai
kehadiran dan persaingan daripada parti-parti baharu yang menyokong BN.

 

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil berat
perkara ini secara serius dan menanganinya demi memastikan rakyat
sentiasa bersama BN dan mensejahterakan pembangunan,” katanya dalam
sidang media di sini hari ini.

 

Sementara itu, Mohd. Ridzuan berkata, Pekira salah sebuah parti
yang berjaya merekrut lebih 20,000 ahli dan sebahagiannya pernah menjadi
pengundi atas pagar juga kecewa ekoran sikap Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (RoS) yang masih enggan meluluskan pendaftaran parti
itu.

 

“Bayangkan, 80 peratus daripada 20,000 ahli kami seluruh negara adalah pengundi atas pagar yang kini bersama BN.

 

“Jika saya suruh undi BN mereka akan mengikut perintah yang mana
mereka kini sudah jelas pihak mana yang boleh mensejahtrakan kehidupan
rakyat dan perlu sokong.

 

“Jika RoS masih melengah-lengahkan proses pendaftaran Pekira, ini
seolah-olah boikot kerajaan BN, mungkin ada unsur sabotaj tetapi saya
tak pasti siapa,” dakwanya lagi.

 

Justeru katanya, pihaknya juga mengatur perjumpaan dengan Ketua
Pengarah RoS, Surayati Ibrahim awal Januari ini sebagai mempercepatkan
proses pendaftaran Pekira.

 

“Saya telah menghubungi beliau (Surayati) menerusi telefon, harap
segalanya berjalan seperti yang dirancang. Pekira mahu menyumbang cara
kerja baharu kami kepada BN untuk menang PRU-14 dan membela pembangunan
ekonomi rakyat,” ujarnya.- MalaysiaGazette

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons