February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pengasas Invoke yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dinasihatkan supaya tidak menyibuk dalam hal dalaman parti lain, sebaliknya memfokus kepada isu dalaman PKR.

Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, pendedahan Rafizi berkaitan kajian Invoke terbaharu, hanyalah perang psikologi bertujuan mengalih fokus pengundi Melayu daripada memilih PAS pada PRU14.

Menurutnya, pemimpin PKR tidak perlu berasa bimbang mengenai kekuatan PAS kerana parti itu masih lagi diangggap sebagai sebuah parti politik berpengaruh di negara ini, selain UMNO.

“Saya nasihatkan Rafizi lebih giat lakukan kajian berkaitan kedudukan dan pengaruh PKR atau Pakatan Harapan, berbanding menyibuk dalam hal dalaman parti lain.

“Mungkin Invoke terlupa fakta, parti politik Melayu yang berpengaruh di Malaysia hanya Pas atau Umno. Eloklah mereka buat kajian khususnya dalam kalangan pengundi wanita luar bandar daripada membuang masa mengkaji kekuatan parti politik seteru mereka,” katanya.

Ahmad Fakhruddin turut menyifatkan kemerosotan sokongan terhadap PAS yang didakwa melibatkan 5,000 pengundi berdaftar secara rawak oleh sistem komputer, sebagai tidak realistik.

“Kajian yang dibuat seolah tidak berpijak di bumi nyata, Pas telah lama memberi komitmen politik kepada rakyat sejak sebelum merdeka dan konsisten memperjuangkan hak rakyat berpaksikan syariat Islam,” katanya.

Menurutnya, biarpun dimomok dengan hasil kajian seumpama yang tidak memihak kepada parti itu, PAS tetap istiqamah dan tidak terpengaruh dengan pendedahan yang cuba dimainkan pihak lawan.

Ahmad Fakhruddin juga berkata, PAS langsung tidak terkesan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Invoke kerana parti itu tetap bersandarkan kepada maklumat kajian dalaman parti dan tidak bergantung kepada input dari PKR yang dianggap parti lawan.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons