February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Naib Presiden PAS Pusat tampil menafikan dan menyangkal dakwaan sebuah laman portal yang menyatakan kononnya ada dikalangan pemimpin parti itu bakal menyertai PKR di Selangor.

Ujarnya, laporan laman portal The Malaysian Insight (TMI) itu hanya sekadar satu khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS di negeri itu dalam menghadapi PRU-14.

“Laporan media bahawa beberapa orang Ahli Dewan Negeri serta pimpinan Pas Selangor akan menyertai PKR adalah tidak benar. Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran dalam kalangan ahli-ahli agar mereka hilang tumpuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Portal TMI awal hari ini, melaporkan jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua dari kalangan pemimpin dan ahli PAS di negeri itu.

Malah laporan portal berkenaan juga turut mendakwa mereka yang akan mengambil tindakan sedemikian bakal bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Gelombang berkenaan lapor laman portal Pro Pakatan itu mendakwa akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju kepimpinan PAS sekarang.

Malah jelas Iskandar, ramai penyokong parti itu terkejut dengan laporan berkenaan dan menolak kemungkinan berlakunya aktiviti seperti itu di Selangor pada ketika ini.

“Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja. Mereka tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya Pas lumpuh. Musuh mahu melihat pimpinan dan ahli-ahli Pas curiga-mencurigai di antara satu sama lain,” katanya.

Sebagai rekod, PAS Selangor sehingga ke hari ini masih lagi mengekalkan hubungan kerjasama Politik dengan Rejim Pakatan yang dianggotai oleh PKR, DAPigs dan PAN walaupun PAS Pusat telah membuat keputusan meninggalkan Pakatan sebelum ini.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons