February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BANGKOK 24 Dis. – Selepas mencipta sejarah menjadi majlis agama Islam pertama yang menerima pengiktirafan sistem perakaunan yang dilaksanakan majlis itu tahun ini, MAIPs diharap mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun hadapan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bertitah, momentum itu harus dikekalkan, bahkan dipertingkatkan pada tahun hadapan.

Tahun ini titah baginda, MAIPs telah diiktiraf melalui Sistem Perakaunan Berkomputer Yang Standard di Badan-badan berkanun Persekutuan (SAGA) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pula menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2015.

Tuanku Syed Faizuddin merakamkan titah ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua agensi bersama MAIPs iaitu Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) yang telah mempamerkan pelbagai kecemerlangan sepanjang tahun 2017.

“Saya amat berbangga dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh MAIPs dan agensi bersamanya sepanjang 2017 ini dan berharap agar momentum ini dikekalkan bahkan dipertingkatkan demi kelestarian kejayaan tahun mendatang khususnya 2018 yang bakal tiba beberapa hari saja lagi.” titah Baginda.

Demikian menurut siaran media MAIPs yang memaklumkan Tuanku Raja Muda berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada Masjid Haroon di kotar raya Bangkok, Thailand selepas singgah menunaikan solat zohor petang tadi.

Pentadbir masjid iaitu Davud Homchuen menerima bagi pihak masjid yang berusia 120 tahun yang diasaskan oleh Allahyarham Yusuf Bafadel Sheikh Haroon Bafadel dan boleh memuatkan 300 orang anak jemaah pada satu-satu masa itu.

Baginda juga menitahkan bahawa segala penganugerahan dan juga pencapaian yang diterima ini bukan untuk dibangga tetapi perlulah menjadi asas untuk mencipta kejayaan yang berikutnya di masa mendatang. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons