February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Pihak berkuasa Pakistan merampas 4 pistol, 8 lelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyi dalam bagasi serta tapak kasutnya.

Al-Muhd-Alfie-Kqhyriel-ditahan-memiliki-senjata

PETALING
JAYA: Seorang lelaki warga Malaysia yang disyaki ada kaitan dengan IS
ditahan di sebuah lapangan terbang di Pakistan, semalam bersama senjata
api dan peluru yang disembunyi dalam bagasi serta kasutnya.

Portal berita Pakistan, Express Tribune melaporkan Al Muhd Alfie
Kqhyriel ditahan ketika cuba menaiki sebuah pesawat Thai Airways ke
Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa turut merampas 4 pistol, 8
lelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyi dalam bagasi serta tapak
kasutnya.

Potal berita itu melaporkan agensi perisikan Pakistan kemudiannya
menyoal siasat lelaki itu berhubung kaitannya dengan IS dan punca dia
menyeludup senjata api dan peluru.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang
dipetik Bernama mengesahkan penahanan lelaki berusia 20 tahun yang
berasal dari Kuching, Sarawak itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kami sahkan yang lelaki warga Malaysia telah ditahan di Pakistan.

“Pihak polis  akan berhubung dengan pihak berkuasa di Pakistan untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini,” katanya ketika
dihubungi Bernama hari ini.

Gambar lelaki itu ditahan di lapangan terbang Pakistan serta pasport miliknya kini tersebar di laman sosial hari ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons