February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tindakan Felda beri surat kuasa wakil penuh kepada pemaju mengejutkan

Persatuan
Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) berkata, tindakan anak syarikat
Felda yang bertanggungjawab ke atas pembangunan tanah Felda di Jalan
Semarak iaitu Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah
syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan pemaju
tersebut dengan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of
attorney) bagi membangunkannya sangat mengejutkan.

“Jika benar sebagaimana yang dilaporkan tersebut, bagaimana mungkin
FIC sebagai sebuah anak syarikat Felda yang merupakan entiti yang
bertanggungjawab kepada rakyat, telah sewenang-wenangnya memberikan
Surat Wakil Kuasa Penuh (Full Power of Attorney) kepada pemaju untuk
membangunkan suatu projek yang sebegitu besar.

“Memberi surat wakil kuasa penuh (full power of attorney) kepada
pemaju samalah seumpama menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah tersebut
kepada pemaju tanpa campur tangan daripada pemilik tanah,” kata
Timbalan Presiden persatuan tersebut, Salkukhairi Abd Sukor dalam satu
kenyataan yang disiarkan dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Berita Harian kelmarin
yang mendakwa Felda bakal kehilangan tanah strategik miliknya di Jalan
Semarak yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta.

Menurut Sulkukhairi, dari segi perundangan hartanah, ianya suatu
transaksi yang berisiko kerana boleh mendedahkan kepada penyalahgunaan
kuasa oleh pemaju termasuklah kemungkinan tanah tersebut
dipindahmilikkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan Felda sendiri.

“Tambahan pula, dalam laporan Berita Harian tersebut juga dilaporkan
seolah-olah wujudnya konflik kepentingan (conflict of interest) bila
mana dikatakan Pengerusi Felda, Pengerusi FGV dan FIC sendiri adalah
orang yang sama dan dipercayai tanah tersebut juga telah
dipindahmilikkan kepada sebuah syarikat lain yang ada kaitan dengan
pemaju utama projek tersebut.

“Justeru HartaGuam meminta pihak Felda atau FIC membuat kenyataan rasmi berkenaan dengan dakwaan tersebut.

“Pihak berkuasa juga harus segera menyaiasat dakwaan tersebut sama
ada memang benar-benar wujudnya transaksi meragukan sebagaimana yang
dilaporkan,” kata beliau.

Jelas Sulkukhairi, rakyat berhak untuk tahu sama ada transaksi
pembangunan tanah tersebut mematuhi terma-terma perundangan yang
sewajarnya atau sebaliknya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons