February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEPANG 25 Dis. – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memaklumkan perkhidmatan aerotrain yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tergendala seketika kerana memerlukan penyenggaraan kecemasan.

Menurutnya dalam satu kenyataan, sebanyak 16 bas telah disediakan bagi membawa penumpang-penumpang dari bangunan terminal utama dan bangunan satelit.


“KLIA telah mengalamai pertambahan penumpang yang banyak dari pukul 8 pagi hingga 8 malam hari ini yang mana aerotrain perlu membawa 95,000 penumpang sepanjang tempoh itu.


“Disebabkan kapasiti berlebihan digunakan, kenderaan tersebut terpaksa diselenggara kecemasan bagi memastikan aerotrain itu dapat terus beroperasi di masa hadapan,” katanya di sini hari ini.


Katanya, MAHB sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut dengan secepat mungkin dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpangnya.-UTUSAN ONLINE.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons