February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus




 Hj Hadi yang baru-baru ini membuat kenyataan “Lantik Calon PM awal bercanggah adab ajaran Islam” terkantoi apabila Setia Usaha parti Keadilan, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa Hj Hadi sendiri pernah menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 dulu.


Dakwaan Saifuddin ini turut diakui sendiri oleh bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa Tengku Razaleigh Hamzah pernah menerima tawaran PAS sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya. ~ sumber


Kenapa pada waktu itu boleh tetapi sekarang tak boleh? Soal Saifuddin. 


Dalam keadaan para penyokong dan pentaksub Hj Hadi mahukan Hj Hadi jadi PM, rupa-rupanya Hj Hadi sendiri telah mengkhianati hajat dan harapan pentaksub dan penyokongnya sendiri dengan mencadangkan orang dari Umno dilantik sebagai PM jika Pakatan Rakyat menang PRU13 dulu!

Perkara ini didedahkan oleh Saifuddin, bahawa Hj Hadi mengaku telah berjumpa dengan Tengku Razaleigh 5 kali untuk mendapat persetujuannya menjadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat menang PRU13!

Pengakuan tersebut dinyatakan oleh Hj Hadi ketika beliau  ditanya oleh almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang telah mempengerusikan satu pertemuan di bilik penginapannya di Hotel Shah Alam, beberapa minggu sebelum pembubaran parlimen.

Selain Saifuddin, Keadilan telah turut diwakili oleh DS Anwar, Johari Abdul, dan Azmin Ali. Manaka Pas diwakili oleh Hj Hadi, almarhum Harun Din, Mustapha Ali, dan Mohamad Sabu.

Perkara yang dibincangkan ialah, “Boleh tak Pakatan Rakyat bersetuju untuk menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihanraya ke-13”

Sebaliknya, dalam perbincangan tersebut, Hj Hadi telah mengemukakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh dengan 4 alasan :

1) Anwar orang Cina tak sokong, Tengku Razaleigh orang Cina sokong.

2) Raja-raja tak suka Anwar, Raja-raja suka Tengku Razaleigh

3) Sabah Sarawak tak sokong Anwar, Sabah Sarawak sokong Tengk Razaleigh

4) Anak muda tidak bersama Anwar, aanak muda suka Tengku Razaleigh.

Setelah mendengar cadangan Hj Hadi tersebut, maka almarhum TGNA bertanya kepadanya, samada Tengku Razaleigh telah tahu tentang perkara ini? 

Hj Hadi jawab, “Sudah Tok Guru. Kita dah jumpa lima kali dah, dia setuju!”

Maknanya pada masa itu telah pun ada tindakan menamakan seorang Perdana Menteri sebelum pilihanraya!

Apakah pada masa itu menamakan Perdana Menteri ikut adab Islam dan kalau sekarang kita menamakan calon Perdana Menteri tidak ikut adab Islam?


Hahaha! Hj Hadi dah kantoi!! Siapa yang boleh tolong jawabkan untuk Hj Hadi??


Kesian para walaun yang beriya-iya sangat mahukan Hj Hadi jadi PM tapi hidup-hidup telah dikhianati !  Cukup-cukuplah kena kelentong Hj Hadi selama ini!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons