February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 25 Dis. – Pelakon antarabangsa Jennifer Lawrence menjadikan lawatan ke hospital kanak-kanak pada Hari Krismas sebagai tradisi tahunannya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, setiap kali tiba perayaan Krismas, Lawrence akan melawat kanak-kanak di hospital sekitar Louisville, Kentucky dan membawa keceriaan kepada mereka.


Pada ambang Krismas semalam, pemenang anugerah Oscar ini berada di Norton’s Children’s Hospital.


“Jennifer Lawrence singgah di hospital kami untuk melawat pesakit, keluarga dan pekerja. Lawatan ini merupakan tradisi untuk Lawrence setiap kali Krismas. Terima kasih kerana membawa senyuman kepada kami semua,” tulis pihak hospital menerusi akaun Instagram mereka.


Pada tahun 2016, pelakon ini telah mendermakan USD2 juta untuk menambah baik kemudahan hospital tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons