February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus






DAP kalau mengenai ATM memang mereka cukup suka mempolitikkan waima dalam pembelian senjata sekalipun .  Isu kem tentera ini sebenarnya tidak perlu dipolitikkan kononnya untuk  fixed deposit undi BN .


Kalau betul kem tentera untuk undi  BN , mengapa di Teluk Kemang dan Lumut dimenangi pembangkang  ketika PRU13 ?  


DAP di P.Pinang pun  ada kurangnya sudah membuat demografi penduduk demi kepentingan politik menggunakan kuasa mereka sebagai kerajaan negeri dengan meluluskan  pembinaan rumah mampu tengok oleh pemaju  di Balik Pulau bagi yang jelas dalam usahawa  menawan kerusi Parlimen itu .

Jadi , Chin Tong jangan nak meroyan sangat , cermin dulu parti anda  !! 





Tuduhan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong ko­nonnya pembinaan kem di Sembrong, Johor adalah bermotifkan politik bukan sahaja tidak berasaskan kebenaran bahkan menghina anggota tentera di negara ini

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, kenyataan tersebut seolah-olah menuduh anggota tentera boleh dipergunakan demi kepentingan pihak tertentu. 


 “Hakikatnya Barisan Nasional (BN) tidak pernah mempergunakan mana-mana pihak ter­utamanya anggota tentera bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Cuba anda lihat di Port Dickson (Telok Kemang) dan Lumut yang mempunyai kem-kem tentera besar, bukankah ahli Parlimen mereka datangnya da­ri­pada pembangkang? 



“Penghinaan terha­dap anggota tentera ini dah lama berlaku sehingga mereka sang­gup mengangkat Mat Indera sebagai pejuang. Mereka ini golongan yang tidak bertanggungjawab jadi dia boleh bercakap apa saja tanpa berpaksikan kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan bersama UEM Group Berhad di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 400 pelajar di Parlimen ini menerima bantuan berupa dua pasang pakaian seragam, kasut, beg sekolah, stokin dan set alat tulis.

Beliau mengulas kenya­taan Chin Tong dalam sebuah portal berita baru-baru ini yang mendakwa pembinaan kem dalam kawasan Parlimen Sembrong bermotifkan politik bagi memberi kelebihan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan Ahli Parlimen Sembrong dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas lanjut katanya, secara peribadi beliau melihat kedudukan Hishammuddin di Parlimen Sembrong yang didakwa mahu diselamatkan dengan pembinaan kem tersebut adalah sangat kukuh dan disebabkan itu, apa yang diperkatakan Chin Tong merupakan perkara yang tidak betul.

“Pembinaan kem-kem askar ini pun bukan dilakukan secara suka-suka sebaliknya mengikut perancangan strategik yang diatur oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dan untuk mengatur gerak kedudukan anggota tentera di sesuatu kawasan itu pula, tidak semestinya memerlukan kem-kem besar kerana mereka boleh saja ditugaskan di kawasan tertentu sekiranya sudah terdapat bangunan taktikal bagi menjalankan kerja-kerja pentadbiran,” kata­nya.

Tambahnya setakat ini terdapat 12 kem tentera yang sedang dirancang untuk dibangunkan dengan salah satu daripadanya adalah di Felda Sahabat, Lahad Datu.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons