February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PASIR PUTEH 25 Dis. – Kayuhan Amal Palestin anjuran Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Puteh bersama UMNO bahagian ini hari ini berjaya mengumpul RM20,000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang menderita akibat ditindas rejim zionis.

Program tersebut yang turut mendapat kerjasama pengurusan Masjid Ibrahimi, di sini melibatkan kayuhan sejauh 50 kilometer bermula dari masjid itu menuju ke Balai Polis Cherang Ruku, Masjid As Syaidina Tok Bali dan kembali semula ke Masjid Ibrahimi.


Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zawawi Othman berkata, program itu adalah simbolik penentangan rakyat Pasir Puteh terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sewenang-wenangnya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.


”Lebih 200 peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia menyertai kayuhan ini yang mengambil masa kira-kira tiga jam. Uniknya, di setiap tempat persinggahan, penduduk hadir memberi sokongan, bertakbir dan berselawat sambil menderma.


“Sementara itu, peserta kayuhan bukan setakat berkayuh menggunakan tenaga dan keringat, mereka juga membawa tabung dan memungut derma orang ramai. 


“Hasil sumbangan ini akan diserahkan kepada wakil Palestin bagi meringankan beban ditanggung mereka” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons