February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENYANYI dan penulis lirik terkenal dari New Zealand, Lorde dilapor membatalkan konsert yang sepatutnya dijadualkan di Israel berikutan kempen atas talian oleh ramai aktivis negara itu dan antarabangsa yang menentang penjajahan Israel di Palestin.

Pengumuman tentang pembatalan konsert itu dilakukan tidak sampai seminggu selepas ia diumumkan, selepas penyanyi terkenal itu menerima “begitu banyak mesej dan surat-surat” menggesanya berbuat demikian.

Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev dilapor meminta Lorde untuk mempertimbangkan semula keputusan itu, dalam masa yang sama netizen Pro-Israel di Internet mengutuk artis itu secara beramai-ramai melalui media sosial.

Tindakan itu dilihat serupa dengan artis-artis lain yang sebelum ini pernah membatalkan persembahan mereka di Israel termasuk Elvis Costello, Lauryn Hill Dan Gorillaz.

Lorde, 21 yang telah melancarkan album terbaru Melodrama tahun ini menjawab segala kritikan peminat terhadapnya di media sosial. Katanya, beliau telah mengambil nasihat terhadap situasi politik yang kompleks dan telah “pertimbangkan semua pilihan yang ada,”

Antara yang telah menghubunginya termasuklah rakan senegara Nadia Abu-Shanab dan Justine Sachs yang menulis satu surat terbuka kepada penyanyi Itu di atas talian memintanya untuk membatalkan konsert di Israel.

“Lorde Sayang, kami adalah dua orang wanita muda tinggal di Aotearoa, seorang Yahudi dan seorang Palestin,” tulis mereka berdua.

“Hari ini, jutaan orang berdiri menentang dasar-dasar kerajaan Israel yang menindas, pembersihan etnik, pencabulan hak asasi manusia, pencerobohan dan apartheid.”

“Sebagai sebahagian daripada perjuangan ini, kami percaya bahawa gerakan memboikot secara ekonomi, intelek, seni adalah satu cara yang berkesan di dalam menentang jenayah ini.”

“Ia telah berjalan dengan sangat berkesan di dalam menentang apartheid di Afrika Selatan, dan kami harap ia akan berjaya lagi,”

“Kita boleh memainkan satu peranan yang penting di dalam menentang ketidak-adilan hari ini. Kami menyeru anda untuk bertindak bersama semangat progresif rakyat News Zealand yang telah datang sebelum kamu, dan meneruskan legasi mereka,”

Dalam jawapan balasnya Lorde berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk membatalkan konsert tersebut.

“Sudah berbincang dengan ramai orang tentang perkara ini dan mempertimbangkan segala pilihan. Terima kasih kerana mendidik saya, sepanjang masa saya akan terus belajar juga,” tulisnya. 

Pada hari Ahad, Lorde mengambil keputusan untuk tidak meneruskan konsert berkenaan.

Dalam satu kenyataan Lorde yang disiarkan oleh syarikat perhubungan awam Israel yang menguruskan persembahan artis itu di Tel Aviv, penyanyi itu berkata pada awalnya beliau telah “melakukan kesilapan” kerana ingin membuat persembahan di Israel.

“Saya telah melakukan perbincangan dengan ramai orang dan menerima banyak pandangan, dan saya fikir keputusan terbaik pada waktu ini adalah dengan membatalkan persembahan tersebut,” tulis Lorde

Akibat dari keputusan itu, penyanyi tersebut menerima kedua-dua pujian dan kritikan di media sosial antaranya pelobi pro-Israel, StandWithUs menuduh Lorde menghukum Israel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons