February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MELAKA 25 Dis. – Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki mabuk di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa, Koperal Samsaimi Yusop, 54, yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah mengalami kecederaan di kepala.

Mangsa yang merupakan salah seorang anggota polis trafik bertugas dalam Op Mabuk di lokasi kejadian kemudian dibawa ke Hospital Melaka dan dilaporkan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Sham Abdullah berkata, mangsa yang sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 36 tahun.

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang sedang bertugas cedera parah manakala kenderaannya rosak teruk,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd. Sham berkata, hasil keterangan saksi memberitahu bahawa pemandu Perodua Myvi itu turut terlibat dalam satu kemalangan lain di lokasi berhampiran sebelum melanggar mangsa namun perkara itu masih disiasat.

“Pemandu kereta yang luka di lengan serta dipercayai mabuk itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons