February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SELANGOR KINI

SHAH
ALAM: Sikap gemar berlengah dipercayai salah satu faktor
menyebabkan hanya empat juta dari 14 juta pencarum Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), pada masa ini meletakkan penama bagi caruman
mereka.

Perancang harta Prudential Assurance Malaysia Bhd, Nor
Liza Ahmad berkata, kesedaran masyarakat Malaysia berkenaan pengurusan
harta yang rendah dan kurangnya sikap melakukan segera untuk menguruskan
aset menyebabkan hanya empat juta pencarum KWSP meletakkan penama
masing- masing.

“Semua individu termasuk pencarum KWSP perlu
menganggap soal ke mana harta dan wang masing-masing disalurkan apabila
mereka tiada kelak sebagai satu perkara penting.

“Semua
pihak perlu sedar apabila berlaku kematian, keseluruhan harta milik
seseorang individu akan dibekukan sebelum dicairkan semula bagi proses
pembahagian harta.

“Masyarakat Islam khususnya mempunyai banyak
alternatif untuk menguruskan harta seperti wasiat, faraid, hibah,
sedekah dan wakaf,” katanya kepada BERNAMA.

Katanya,
dalam hal itu terdapat hadis Nabi Muhammad SAW diriwayatkan Bukhari dan
Muslim yang berbunyi: “Tinggalkan orang yang tersayang dalam kesenangan
adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan
meminta-minta.”

Sebagai makluman, bagi yang bukan Islam, penama
adalah benefisiari atau penerima mutlak simpanan ahli yang sudah
meninggal dunia.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons