February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA KLAWANG: Seorang wanita terpaksa menahan sakit lebih 13 jam
selepas terjatuh ke gaung sehingga menyebabkan kaki dan tangannya patah
ketika mendaki Gunung Besar Hantu di sini, petang semalam.

 

Noor Jamiah Azizatul Rahimah Maskor, 31, dari Johor mula mendaki gunung
itu setinggi 1,462 meter bersama 18 rakan pada jam 9 pagi. Selepas
cedera, dia dibawa turun oleh pasukan penyelamat jam 2.15 pagi tadi.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd Fazill Mohd Yunus,
berkata kira-kira jam 1 tengah hari, ketika sedang mendaki mangsa
tiba-tiba terjatuh ke gaung sedalam 2.5 meter.

 

Katanya, mangsa diselamatkan rakannya tetapi tidak boleh bergerak disebabkan kecederaan yang dialami.

 

“Beberapa rakannya kemudian turun semula ke kaki gunung bagi
menghubungi bomba berikutan tiada liputan rangkaian di atas gunung.

 

“Bomba menerima panggilan pada jam 6.26 petang dan tiba di lokasi
mangsa terjatuh kira-kira jam 9.12 malam tadi. Laluan sempit dan curam
menyebabkan usaha menyelamat berdepan kesukaran, namun dapat turun
dengan selamat,” katanya di sini, hari ini.

 

Mohd Fazill berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Jelebu
dengan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan
rawatan.

 

Katanya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu,
Simpang Pertang dan Bandar Seri Jempol terbabit dalam operasi itu.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons