February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUANTAN 26 Dis. – Sebanyak 16 rumah kongsi pekerja kilang papan di Kampung Gambang, Jalan Kuantan-Maran di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Anuar Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu turut memusnahkan sebuah surau dan dua buah motosikal.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.18 pagi ke lokasi kejadian dengan kekuatan dua buah jentera bersama 14 pegawai dan anggota.

“Selain jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, kita turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dan 20 anggota bomba sukarela Gambang untuk tugas mengawal serta memadam kebakaran itu.

“Kebakaran dua barisan rumah kongsi itu mengambil masa untuk dikawal kerana strukturnya diperbuat daripada kayu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Anuar, pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian sedang dilakukan Unit Forensik JBPM negeri untuk mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Difahamkan, kejadian kebakaran di kawasan rumah kongsi itu adalah kali ketiga iaitu kali pertama pada 2002 memusnahkan 21 rumah dan kali kedua pada 2012 yang mengakibatkan lapan rumah musnah. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons