February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM 26 Dis. – Demi meningkatkan lagi strategi dalam operasi keselamatan, sebanyak 34 ketua balai bersatu dengan menubuhkan Kelab Ketua-Ketua Balai (KKB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.



AZMEL KAMARUDIN

AZMEL KAMARUDIN

Presiden KKB Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmel Kamarudin berkata, kelab itu ditubuhkan ekoran Selangor merupakan antara negeri tertinggi menerima panggilan kecemasan membabitkan pelbagai kes.

Azmel yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam menjelaskan, setiap balai sekurang-kurangnya pasti menerima dua panggilan kecemasan sehari termasuk kes kebakaran.

Katanya, oleh demikian, dengan adanya penubuhan kelab itu, semua ketua balai dapat bekerjasama dengan berkongsi idea, strategi atau apa-apa sahaja dalam menyelesaikan sesuatu kes.

“Kadang-kala pegawai dan anggota bomba penyelamat mempunyai idea baharu yang segar dalam operasi menyelamat. Dengan adanya kelab ini, kita dapat bertukar pendapat tanpa mengenepikan polisi keselamatan yang perlu dipatuhi.

“Kita berharap dengan adanya kelab ini, ia menjadi titik permulaan dalam menjalinkan kerjasama antara sama lain kerana ketua balai merupakan orang tengah antara ketua jabatan dan anggotanya,” katanya pada majlis Makan Malam dan Pelancaran KKB Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons