February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dalam diam-diam, kerajaan negeri sebenarnya telah menekan rakyat negeri. Perkara ini perlu didedahkan supaya rakyat tidak tertipu sekali lagi.


Isunya ialah kenaikan harga rumah melampau di Pulau Pinang. Rupa-rupanya kerajaan DAP telah mengenakan pelbagai caj yang sangat tinggi.

Kenaikan mendadak ini jauh lebih tinggi jika di bandingkan semasa pemerintahan BN sebelum tahun 2008.

Di antara kenaikannya seperti yang tertera di dalam jadual di bawah:

1. Caj saliran meningkat dari RM10,000 satu ekar kepada RM50,000 setiap ekar.

2. Caj tempat letak kereta dari RM15,000 setiao bay kepada RM25,000 setiap bay.

3. Caj kemudahan komuniti RM25 setiap kaki persegi hingga RM500 setiap persegi.

4. Caj perumahan kos rendah sebanyak RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang.

5. Caj untuk kindergarten sebanyak RM500 per kaki persegi. Tiada caj ini sebelum tahun 2008.

Kenaikan caj-caj yang melampau ini sudah pasti akan terpaksa ditanggung oleh rakyat bukannya pemaju perumahan. Pemaju mahukan keuntungan sebanyak yang mungkin.

Memang patutlah DAP digelar Developer Action Party kerana lebih berpihak kepada pemaju.

Jadual-jadual di atas didedahkan oleh YB Muhamad Farid Saad . Beliau juga menulis,

Saya paparkan maklumat berikut untuk membuktikan bahawa antara sebab mengapa harga rumah di Pulau Pinang mahal adalah kerana ‘charges’ atau kenaan yang perlu dibayar oleh pemaju kepada kerajaan negeri, yang kemudiannya dikenakan oleh pemaju keatas pembeli yang membeli rumah.

Kenaan/Charges ini akan menyebabkan kenaikan kos dalam lingkungan RM 120.00/kaki persegi bg setiap rumah.

(Ruj : text ucapan DUN Nov 2017)

Realitinya, kerajaan DAP negeri hanya pandai menekan rakyat dengan pelbagai caj dan juga menjual tanah rakyat. Walau pun Guan Eng menafikannya tetapi kita semua sedia maklum bahawa,

Jabatan Audit Negara mendedahkan bahawa penyumbang utama hasil kerajaan negeri terdiri daripada hasil cukai yang berkaitan dengan tanah eperti Premium Tanah-Pemberian Milik Bayaran Khas, Cukai Tanah, Premium Tanah-Tukar Syarat dan Premium Tanah-Pemberian Hak Milik.

Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang berbohong hanya menjual 106.1 ekar tanah sahaja sejak 2008 hingga sekarang dan memperolehi pulangan lebih besar untuk penjualan tanah-tanah berbanding dengan Kerajaan BN sebelum ini.

Kononnya, sejak awal tahun 90-an hingga 2008, kerajaan negeri pimpinan BN telah menjual 3,661 ekar berjumlah RM1.0586 bilion, manakala kerajaan DAP negeri dari 2008 hanya menjual sejumlah 106 acres untuk RM1.1102 bilion. Padahal, ianya hanya bohong belaka.

Ada 2 perkara yang cuba diputar belitkan oleh kerajaan DAP:

a. Menjual tanah sedia ada untuk pembangunan TIDAK SAMA dengan memberi hak menebus guna laut. 

b. Pulangan untuk projek tebus guna laut yang diluluskan oleh Kerajaan BN sebelum ini bukan dalam bentuk tunai sahaja.

Malah jika rujuk kepada infografik di bawah, kerajaan DAP ternyata telah berbohong tentang keluasan tanah yang telah diluluskan oleh mereka:

Rakyat tidak akan lupa dengan “pesta jualan hartanah rakyat” yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP selama ini.

Kesimpulannya, PRU14 ini adalah masa yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang menolak parti DAP dan memperbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan oleh regim tersebut.

Mereka telah diberi 2 penggal untuk membuktikan sama ada mereka mampu mentadbir atau tidak. DAP memang tidak mampu malah menjahanamkan negeri ini.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons