February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Polis menetapkan beberapa syarat terhadap himpunan bantahan “Turun
Harga Minyak, Turun Najib” yang akan diadakan pada malam tahun baru,
kata penganjur hari ini.


Anggota sekretariat himpunan itu Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata
penganjur antara lain dikehendaki berbincang dengan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penggunaan Dataran Merdeka.


Penganjur juga diminta tidak menjadikan himpunan bantahan itu menjadi demonstrasi jalanan.




“Itu terpulang kepada perbincangan kami semula dengan pihak
penganjur. Apa-apa pun, perhimpunan ini akan berlangsung seperti yang
kami rancang.


“Polis juga memberi jaminan bahawa mereka akan mejalankan tugas seperti perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. Mereka akan cuba facilitate perhimpunan kita dan mejaga ketenteraman awam.


“Pihak polis juga mengharapkan semua peserta nanti dapat menjaga
ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya kepada wartawan di luar ibu
pejabat polis daerah Dang Wangi selepas pertemuan bersama lima yang lain
dengan ketua polis daerah Shaharudin Abdullah.


Himpunan “Turun Harga Minyak, Turun Najib: – atau singkatannya “Turun
Turun” – dianjurkan Pemuda Pakatan Harapan dengan kerjasama beberapa
NGO anak muda dan dijadualkan bermula di kompleks beli-belah Sogo pada
31 Dis, sejam sebelum tengah malam.




Selepas berkumpul, peserta dijangka berarak ke Dataran Merdeka yang
terletak kira-kira satu kilometer untuk turut menyertai kiraan detik
tahun baru.


Penganjur sebelum ini sudah memaklumkan polis Dang Wangi secara rasmi
berkenaan penganjuran himpunan itu pada 21 Dis lalu mengikut Seksyen
9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, sebelum dipanggil ke balai polis hari
ini untuk membincangkan perkara itu.


Himpunan bantahan itu mendesak harga minyak distabilkan dan
dikurangkan melalui subsidi kerajaan, dengan harga siling RM1.90 seliter
untuk RON95 dan RM1.80 seliter untuk diesel.


Mereka percaya dengan penurunan ini akan turut menurunkan harga barangan dan kos hidup.


Harga minyak di Malaysia pada minggu yang berakhir pada 27 Dis lalu
kini pada kadar RM2.27 seliter untuk RON95 dan RM2.23 seliter untuk
diesel.


Himpunan bantahan itu turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.




Apabila ditanya sama ada dengan pemberian subsidi kerajaan melalui agihan wang BR1M mencukupi, Syukri berkata “tidak boleh.”


“Kerajaan sepatutnya mencari cara-cara lain untuk memberi BR1M.
Kerajaaan sepatutnya mencari cara-cara untuk meningkatkan pendapatan
negara untuk memberi BR1M, bukannya memotong hak rakyat yang lain untuk
memberi hak yang lain. Tak boleh.


“Hak rakyat tetap hak rakyat. Subsidi minyak ini hak rakyat, tak
boleh kata potong subsidi diganti dengan BR1M. Bagi kita, BR1M ini tidak
dinikmati oleh semua, tetapi subsidi petrol ini dinikmati oleh semua.
Ini hak yang sepatutnya dikembalikan kepada semua,” katanya.


Sebelum pertemuan dengan polis itu, Syukri turut memimpin sekumpulan aktivis mengadakan flashmob di luar Sogo bagi mempromosi himpunan itu.


Mereka mengedarkan risalah dan berucap kira-kira 30 minit menggesa orang ramai menyertai himpunan.


Syukri berkata, flashmob sama akan diadakan pada waktu dan tempat yang sama Khamis ini. – MK



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons