February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Oleh

DAP Johor hari ini mendakwa terdapat kem tentera yang akan dibina di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh yang terletak dalam Parlimen Sembrong,
disandang Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin
Tong mendakwa, sekurang-kuranya 1,000 anggota tentera bersama pasangan
mereka akan ditempatkan di kem tersebut.

Dakwa beliau, pembinaan kem tersebut bertujuan memberi kemenangan
selesa kepada Barisan Nasional (BN) yang menang tipis menentang DAP
dengan 103 undi di DUN Paloh dalam pilihan raya umum (PRU) yang lepas.

Pendedahan ini dibuat DAP Johor sebagai membalas penafian Hishammuddin mengenai pembinaan kem berkenaan.

“Hishammudin memang sedang membina kem di kawasannya, saya mencabar
beliau untuk menafikan bahawa beliau tidak menipu,” tegas Chin Tong yang
juga Ahli Parlimen Kluang dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di
Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Adun Mengkibol, Tan Hong Pin;
Adun Jementah, Tan Chen Choon; dan Setiausaha Biro Undang-undang DAP,
Michelle Ng.

Selasa lalu, Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas,
menafikan dakwaan bahawa kem-kem berkenaan dibina untuk tujuan politik.

Beliau turut bergurau bahawa jika benar BN ingin menggunakan kem
tentera untuk meraih undi, ia akan dibina di kawasan Parlimennya,
Sembrong.

“Nak dekat PRU ini macam-macam isu yang dibangkitkan mereka
(pembangkang) kalau betul (bina kem), saya sebagai Menteri Pertahanan,
(adalah) lebih baik saya pergi (buat kem) di Sembrong,” katanya seperti
dipetik Bernama.

Jenaka hambar itu tenyata benar apabila semakan dibuat di laman
Facebook Kementerian Pertahanan pada 27 September lepas memaklumkan
bahawa kem baru akan dibina di Paloh selain di Segamat, Hutan Melintang,
Bera, Kota Belud dan Lahad Datu.

Dalam pada itu, Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP
menggesa agar pemerhati antarabangsa ditempatkan dalam PRU akan datang.

Pemerhati antarabangsa itu juga katanya perlu meninjau keadaan
sebelum PRU bagi memantau penipuan sistematik yang dilakukan parti
pemerintah untuk terus kekal berkuasa. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons