February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bertegas
semua keputusan untuk berkecuali sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN)
atau di Parlimen diambil selepas mengadakan mesyuarat selain mendapat
‘restu’ ahli akar umbi parti.

 

Mahfodz juga berkata sikap berkecuali PAS dalam isu tertentu dibuat
demi menjaga kepentingan rakyat dan parti, bukannya mahu memberikan
sokongan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

 

Beliau kemudiannya merujuk sikap berkecuali yang diambil PAS pada sesi
kelulusan pembentangan Bajet 2018 yang dibuat Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak, Oktober lalu.

 

“Kita buat keputusan ikut kepada keadaan semasa, ada kalanya kita menentang, ada kalanya kita berkecuali.

 

“Kita memang ikut keadaan, katakan lah kita tolak (Bajet 2018), kita
bukan hentikan kerajaan, malah rakyat akan rugi kerana kalau kita tolak
bajet itu bermakna bajet itu tidak boleh dijalankan dan merugikan
rakyat.

 

“Kita nak buat keputusan itu kita ada mesyuarat, berbincang dengan
pimpinan PAS termasuklah Majlis Syura, jadi kita percaya bahawa
keputusan bersama itulah yang terbaik,” katanya kepada Antarapos.

 

Untuk rekod pada sesi Bajet 2018 Oktober lalu, seramai 11 daripada 14 ahli Parlimen PAS memilih untuk tidak mengundi.

 

Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion mendapat sokongan 107 ahli parlimen BN.

 

Bilangan keseluruhan ahli parlimen pembangkang pula menolak Bajet 2018 adalah seramai 59 orang.

 

Terdahulu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Kamarul
Bahrin Raja Ahmad mendakwa strategi ‘berkecuali’ PAS di peringkat
nasional dan negeri memakan diri apabila penyokong mula mempertikaikan
sikap PAS.

 

Katanya,  strategi berkecuali itu turut menyebabkan parti tersebut dilihat tidak konsisten dari segi pendirian dan berpolitik.

 

Menafikan dakwaan Raja Kamarul, Mahfodz berkata sokongan rakyat
terhadap PAS semakin meningkat lebih-lebih lagi Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) akan berlangsung beberapa bulan sahaja daripada sekarang.

 

Justeru katanya, tidak timbul isu penyokong PAS keliru dengan
pendekatan yang diambil pasti Islam itu ketika ini, dan mula beralih
arah ke parti lain.

 

“Ahli PAS yang baru meningkat dari tahun ke tahun malah tahun ini
(2017), paling ramai sekali masuk PAS dari Januari hingga Disember,
macam mana kata ahli PAS keliru?

 

“Bila kita buat Fastaqim 2.0 di Terengganu, kehadirannya melebihi
daripada apa yang kita buat ketika di Kelantan, lebih dari 250 ribu,
jadi ini menunjukkan peningkatan sokongan mereka tehadap PAS,” ujarnya
lagi.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons