February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KANADA dilapor menghalau Wilmer Barrientos Ferdinández, Duta Venezuela di Ottawa dalam tindakan yang disifatkan oleh Christian Freeland, Menteri Luar negara itu sebagai tindak balas kepada penyingkiran diplomat kanannya di Caracas minggu lalu.

Venezuela telah menuduh Kanada campur tangan dalam hal ehwal dalaman negaranya.

Kanada sebelum ini dilapor mengkritik kerajaan Venezuela di bawah pentadbiran presiden Nicolás Maduro berhubung rekod hak asasi manusia.

Seramai lebih 120 orang terbunuh dalam protes anti kerajaan awal tahun ini.

“Rakyat Kanada tidak akan hanya berdiri tanpa berbuat apa-apa ketika kerajaan Venezuela merompak hak asasi manusia dan asas demokratik milik rakyatnya, dan menafikan mereka kepada bantuan asas kemanusiaan,” kata Freeland dalam satu kenyataan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan di wilayah ini untuk mengenakan tekanan terhadap regim Maduro yang anti demokrasi dan mengembalikan hak-hak rakyat Venezuela.”

Menurut Freeland, Duta Venezuela di Ottawa sememangnya tidak berada dalam negara, oleh itu beliau tidak dibenarkan pulang, sementara Herrera, Ketua Diplomat Venezuela telah diminta segera meninggalkan negara itu.

Kanada dilapor mengenakan sekatan kepada pegawai-pegawai kanan Venezuela sekaligus menimbulkan kemarahan kerajaan Venezuela.

Ketua Dewan Konstitusi Berkuasa Venezuela , Delcy Rodríguez, pada hari Sabtu telah mengistiharkan Craig Kowalik, Ketua Diplomat Kanada di Caracas, sebagai persona non grata.

Rodríguez menuduh Kowalik sebagai “kekal dan berterusan, biadap serta kesat di dalam melakukan campur tangan hal-ehwal dalaman Venezuela,”

Negara itu turut menghalau duta Brazil, Ruy Pereira dikatakan kerana melanggar undang-undang kerajaan.

Amerika Syarikat juga telah mengenakan sekatan kepada Maduro, di mana pentadbiran Donald Trump melabelnya sebagai seorang “diktator”.

Pihak pembangkang negara itu menuduh Madura dan pendahulunya, mendiang Hugo Chávez menghancurkan ekonomi negara dengan dasar-dasar sosialis yang diamalkan mereka.

Venezuela merupakan negara yang memiliki kadar inflasi paling tinggi di dunia dan sudah bertahun-tahun menderita akibat kekurangan barang-barang asas termasuk ubat-ubatan.

Tempoh enam tahun pentadbiran Maduro bakal tamat dalam tahun 2019. Dia dijangka akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum yang bakal dijadualkan tahun hadapan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons