February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


GEORGETOWN: Rakyat Pulau Pinang dijangka akan terbeban, sekiranya permohonan kerajaan negeri untuk menaikkan kadar surcaj air, diluluskan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa, berkata pihaknya sudah memohon semakan surcaj penjimatan air (WCS) sebanyak lima kali, namun ditolak Kerajaan Pusat.

Katanya, PBAPP menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk semakan semula WCS daripada 48 sen bagi setiap 1,000 liter kepada RM1 bagi jumlah sama.

“Permohonan pertama dihantar kepada SPAN pada 28 April lalu, dan selepas itu SPAN meminta PBAPP menghantar semula permohonan, dan penghantaran semula bertarikh 20 Jun, 23 Jun, 8 September, 25 Oktober dan terakhir pada 20 November lalu.

“Semakan semula WCS hanya akan dikenakan kepada penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jaseni berkata objektif utama pelaksanaan WCS bagi menggalakkan pengguna domestik di negeri ini menggunakan kurang daripada 35,000 liter air sebulan.

“Cadangan semakan WCS djangka hanya akan menjejaskan 23 peratus pengguna domestik dan mereka juga mempunyai pilihan, iaitu dengan menggunakan kurang daripada 35,000 liter air setiap bulan.

“PBAPP berharap SPAN dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan menyokong usaha pemuliharaan air dan pengurusan permintaan air di Pulau Pinang dengan mengutamakan kelulusan cadangan WCS kepada RM1,” katanya.

Komen GPB 

Padan muka orang Penang …bukan sahaja tanah mereka naikkan pelbagai charges , air pun sama. DAP apa peduli rakyat terbeban ka , yang penting kaut duit rakyat selagi boleh . 

DAP tak heran nak  naik la apapun kos di negeri ini  sebab orang CINA PENANG kot mana pun   tetap akan undi DAP kerana mereka cukup  takut kepada Guan Eng  !!  



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons