February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEORANG pencuri yang dilaporkan menjadi marah selepas gagal membuka sebuah tabung di Surau Al-Hidayah, Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai bertindak membakar buku agama di surau terbabit.

Tindakan vendalisma itu disedari oleh salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan kebetulan melalui kawasan surau pada jam 2.10 pagi, selepas menyedari satu daripada pintu surau terbuka luas.

“Lelaki berkenaan memeriksa keadaan surau dan mendapati kipas angin hilang, manakala Al-Quran dan buku Yasin berselerakan, manakala rak besar dan jam dipindahkan dari tempat asalnya,” kata timbalan ketua balai polis Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lain.

Lelaki itu turut menemui beberapa kertas terbakar dipercayai helaian daripada Al-Quran berhampiran laluan masuk ke salah sebuah bilik air. Lelaki itu kemudiannya telah membuat laporan polis.

Menurut Beh, pemeriksaan lanjut mendapati kertas yang terbakar itu bukanlah daripada Al-quran seperti yang disyaki pada awalnya, sebaliknya ia telah dikoyakkan daripada sebuah buku agama.

Katanya lagi, pencuri berkenaan dipercayai membakar buku agama selepas gagal mencuri duit dari tabung surau. Terdapat lubang kesan tebuk pada tabung berkenaan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan, dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons