February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Nampak gayanya, kemelut isu berkaitan dengan pencalonan bakal Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih lagi menemui jalan buntu dan tidak dapat diselesaikan.

Kemelut itu bertambah meruncing apabila Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) mahu Presiden PKR, Wan Azizah layak dilantik sebagai Perdana Menteri ataupun Ketua Menteri.

Pengerusinya, Chong Eng berkata, ia kerana tiada undang-undang yang memperuntukkan bahawa wanita tidak boleh menjawat mana-mana jawatan di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan.

“Kita nak beri kesedaran bahawa persepsi ini harus diubah kerana zaman sekarang sudah tidak sama. Kita perlu beri kesedaran bahawa wanita sekarang sudah boleh pergi ke sekolah dan mampu bekerja.

“Kita harus beri peluang yang sama kepada wanita untuk bekerja dan jangan beri tanggungjawab hanya mengikut jantina. Misalnya mungkin dulu wanita tidak dapat buat, tapi sekarang mereka boleh laksanakannya dan mungkin lebih baik,” katanya.

Menurutnya, banyak lagi jawatan yang belum pernah diisi oleh golongan wanita terutama di peringkat pembuat keputusan yang penting di jawatan-jawatan tinggi.

“Wanita sekarang boleh buat kerja misalnya tugas perdana menteri, ketua menteri dan menteri-menteri yang penting. Banyak negara yang melantik wanita menjadi menteri luar dan menteri pertahanan, tapi Malaysia belum ada lagi buat masa ini,” katanya.

Jelasnya, keraguan terhadap kebolehan pemimpin wanita itu timbul kerana masyarakat tidak pernah melihat seorang wanita menjawat jawatan terpenting dalam peringkat tertinggi.

Jika sebelum ini, Pakatan Haprak itu telah bersetuju untuk memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara manakala mereka mencalonkan Wan Azizah selaku Timbalannya.

Namun malangnya, keputusan mesyuarat tertutup yang diadakan dikalangan pemimpin tertinggi gabungan parti pembangkang itu sebelum ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak.

Terutama sekali dikalangan pemimpin Pakatan sendiri yang masih lagi mempunyai pandangan yang skeptikal dan curiga terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri itu secara terbuka.

Malah katanya, keputusan yang dibuat sebelum ini juga turut mendapat bantahan daripada Si Ketua Penipu itu yang tampil sekali lagi mengingatkan kepimpinan parti supaya mereka berhati – hati dengan agenda Politik Peribadi Tun Mahathir!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons