February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PKR baru – baru ini membuatkan pemimpin PAS menganggap ianya sebagai satu Penghinaan terbuka terhadap parti tersebut.

Naib Presiden PAS Pusat merangkap Exco Rejim Pakatan Selangor, Iskandar Samad hari ini sekali lagi menyelar pihak yang membuat fitnah kononnya ada ADUN PAS yang mahu menyertai PKR.

Kata Iskandar, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan sedangkan katanya, ADUN yang didakwa itu berdiri teguh di belakang Presiden PAS.

“Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.

“ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor).

“Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, tersebar khabar angin bahawa terdapat 10 dari 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju parti yang enggan bekerjasama dengan Pakatan dalam PRU ke 14.

Antara faktor yang mendorong ADUN terbabit ‘melompat kapal’ itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan dan berpotensi untuk menang lebih besar dalam PRU yang akan datang.

Namun perkara itu dinafikan oleh Iskandar. Sebaliknya dia mendakwa, perkara itu adalah khabar angin yang ‘sengaja dicipta’ untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya.

Kata Iskandar, jika faktor jawatan itu didakwa menjadi punca, krisis ketika Kajang Move itu lebih tinggi berbanding sekarang. Ketika itu, katanya, 13 ADUN PAS kekal istiqamah walaupun ada kemungkinan parti terbabit akan terkeluar daripada Rejim Pakatan Selangor.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons