February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MACHANG 26 Dis. – Seorang pesara guru maut manakala empat cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 49.8, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai, berhampiran simpang Temangan, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa, Che Yam Daud, 53, yang memandu kereta jenis Perodua MyVi mati ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Machang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Dzulkifli Ab Ghani berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Saga yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai telah masuk ke laluan yang bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dipandu pesara guru terbabit.

Katanya, sebuah lagi kereta jenis Honda Stream yang berada di belakang kenderaan yang dipandu mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

“Nahas ini menyebabkan seorang maut, empat parah dan seorang cedera ringan.

“Semua mangsa yang terlibat mendapat rawatan di Hospital Machang,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons