February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 26 Dis. – Selepas mengadakan konsert pada Mac tahun lepas, kumpulan yang masih mantap dari Indonesia, Sheila On 7 (SO7) sekali lagi mahu mengadakan persembahan di sini pada Februari depan.

SO7 yang dibarisi oleh Brian, Eros, Duta (vokalis) dan Adam memberitahu, persembahan mereka pada Februari 2018 merupakan sebuah konsert khas untuk para peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong karier muzik mereka.

Menurut SO7, mereka memilih StarXpo Hall di KWC Fashion Mall sebagai pentas persembahan pada 10 Februari depan.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan SO7 telah mula dijual sejak 21 Disember dan harga tiket adalah antara RM315 sehingga RM125.

Bagi mereka yang membeli tiket pada harga RM315, menurut SO7, bolehlah bertemu mereka dalam sesi Meet & Greet manakala peminat yang membeli tiket RM215 akan ditempatkan pada tempat duduk kelompok Diamond, RM165 Platinum dan RM125 Gold.

Reka letak pentas dan tempat duduk penonton kali ini disertakan bersama-sama dengan makluman diskaun sebanyak 15 peratus diberikan kepada 250 pembeli tiket pertama. Bagaimanapun ini tidak merangkumi pembelian tiket Meet & Greet.

Menggunakan tajuk Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur, para peminat boleh layari www.myticket.asia untuk pembelian secara dalam talian. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons