February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 27 Dis. –Pemenang pingat emas pertama untuk sukan sepak takraw dalam Sukan SEAP 1965, Ahmad Mohammad Saman meninggal dunia pada usia 71 tahun di kediamannya di Pekan Baru Parit Buntar, Perak pada pukul 12 tengah hari tadi.

Ahmad Mohd. Saman (kanan) dengan regu ketiga pemenang emas berpasukan sepak takraw Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965.

Allahyarham yang memenangi emas dalam acara regu meninggal dunia akibat menderita sakit kencing manis dan Pengurus Operasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Aminuddin Mohd Nasir berkata kehilangan Allahyarham pastinya dirasai.

“Tanpa disedari ramai ahli Yakeb yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya tambahan pula berita kematian ini diterima selepas beberapa hari kita kehilangan Datuk Abdul Rahim Ahmad pada Ahad lalu.

“Kedua-dua Allahyarham adalah legenda di mana Datuk Rahim merupakan pemenang pingat pertama Malaysia dalam Sukan Asia manakala Ahmad Saman pula memenangi emas pertama untuk sukan sepak takraw dalam Sukan SEAP.

“Di atas dasar keprihatinan Yakeb, kami akan memberi sumbangan khairat kematian kepada waris Allahyarham Ahmad Saman sebanyak RM5,000,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahim merangkul pingat gangsa menerusi acara 400 meter dalam Sukan Asia Tokyo 1985 telah meninggal dunia di kediamannya akibat sakit tua.

Dalam pada itu, Amin berkata Allahyarham Ahmad Saman meninggalkan seorang balu, Asma Hassan berusia 73 tahun dan empat orang anak.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons