February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus




 Hj Hadi kata, “Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh.”

Hj Hadi turut menegaskan bahawa, “Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat.

Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan), bukan Wazir Al-Tafwid (membuat polisi dan dasar negara). Di sini adanya keanjalan dalam Sistem Politik Islam yang tidak fanatik kepartian seperti pendukung ideologi sekular.”sumber

 Hj Hadi perlu sedar, bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang Dipertuan Agong. Tidak ada siapa pun yg berebut-rebut nak jadi Agong sebab itu adalah hak istimewa raja-raja Melayu.

Dan perkara itu tidak menjadi bahan perbahasan di sini.Yang ingin dibahaskan adalah kenyataan selanjutnya : 

 ” dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh”

Bukankah ni jelas membawa maksud bahawa kabinet yang Hj Hadi mahukan  adalah MELAYU ISLAM??

Tetapi ada kalangan walaun dan lebai seperti TITM cuba menafikan yang kononnya kenyataan Hj Hadi itu diputar belit. Bahawa Hj Hadi tidak penah berkata hanya pemimpin Melayu dan Islam boleh menjadi menteri di Malaysia.

Kita boleh dapat memahami melalui kenyataan Hj Hadi selanjutnya bila beliau menyentuh aspek politik Islam, dengan berkata :

Menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep.

 Kenyataan Hj Hadi ini jelas menyatakan bahawa bukan Islam hanya terlibat dalam soal melaksanakan pengurusan sahaja.

Hj Hadi merujuk kepada pendapat Al-Mawardi yg menyatakan: Mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan), bukan Wazir Al-Tafwid (membuat polisi dan dasar negara).

Hj Hadi menolak bukan Islam sebagai ahli kabinet

 Hj Hadi jelas bermaksud bahawa Bukan Islam jika jadi menteri atau ahli kabinet tidak terlibat dalam apa-apa perbincangan usul yang dibentangkan dalam parlimen kerana hal tersebut melibatkan membuat dasar negara.

Hj Hadi mahukan mereka yg Bukan Islam hanya terlibat dalam soal melaksanakan pengurusan sahaja.

Bukankah mengikut sistem parlimen kita, sebagai ahli kabinet, adalah terlibat dengan membuat dasar negara?

 Tapi Hj Hadi kata Bukan Islam tidak layak menyuarakan pandangan dan hanya perlu bersikap berkecuali sahaja ?

 Hj Hadi mahu Bukan Islam hanya jadi menteri dan ahli kabinet Pasu Bunga macam dia dan orang-orangnya didalam parlimen??

Kenyatan Hj Hadi ini sangat bertentangan dengan struktur SISTEM KABINET MALAYSIA yang terkandung dalam Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan Malaysia:

Badan eksekutif merupakan badan pembuat dasar Kerajaan Persekutuan. Ia juga bertindak melaksanakan kuasa Kerajaan Persekutuan. Badan ini menjalankan tugas atas nama Yang di-Pertuan Agong. 

 Badan eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri dan 28 orang Menteri lain. Di Malaysia, kabinet merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinet. Biasanya seseorang yang dilantik menganggotai jemaah menteri merupakan penyokong kerajaan pemerintah.

Jemaah Menteri ini terdiri daripada mereka yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen. Ini ditentukan melalui proses pilihanraya yang merupakan teras kepada amalan demokrasi berparlimen. Dalam konteks ini, boleh dikatakan rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan kerajaan. 

Tugas-tugas Kabinet :- 

 i. Mentadbirkan Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan
ii. Membuat dasar kerajaan
iii.Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat     
iv.Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif
v.Mengendalikan sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat 

 Tuan Ibrahim Tuan Man  tidak perlulah berdolak dalih cuba mempertahankan Hj Hadi yang kononnya tiada satu ayat pun di dalam kenyataan Presiden PAS itu yang mahu kabinet Melayu sahaja atau all-Malay cabinet.

Fakta dan hujah yang saya nyatakan diatas  jelas membuktikan maksud sebenar dan tersirat Hj Hadi dalam tulisannya yang meleret-leret panjangnya itu.

Kalau tidak berpuas hati, sila samanlah NST yang menyiarkan rencana PAS PRESIDENT : ALL-MALAY CABINET MEMBERS FOR MALAYSIA.  Senyum….



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons