February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PIHAK polis dilaporkan telah berjaya menemui kereta jenis BMW yang digunakan dalam pembunuhan kejam lelaki berusia 44 tahun di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.

Ketua polis Johor Datuk Muhammad Khalil Kader Mohd dilapor berkata, kenderaan itu telah ditinggalkan di sebuah estet kelapa sawit di Air Baloi, Pontian oleh suspek-suspek tersebut selepas kejadian pada 17 Disember lalu.

BMW Putih
“Kereta itu ditemui tanpa sebarang nombor pendaftaran,” katanya dalam sidang media pada hari rabu.

Menurutnya kereta tersebut yang dianggap sebagai satu daripada dua senjata digunakan untuk membunuh dalam kejadian tersebut, telah disaksikan oleh orang awam pada jam 3 petang hari Selasa (26 Disember).

“Kami masih lagi mencari tiga lagi suspek-suspek utama bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan di stesen minyak tersebut,” katanya.

Kejadian berkenaan menarik perhatian orang ramai selepas sebuah rakaman video dimuat naik di internet menunjukkan mangsa yang dikenalpasti sebagai seorang ahli kongsi gelap, diheret dan ditikam oleh 4 orang suspek sebelum digilis oleh kereta jenis BMW sebanyak dua kali.

Pihak polis mengesahkan bahawa mangsa maut akibat kesan tikaman.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons