February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Apa masalah pembangkang apabila menimbulkan isu Barisan Nasional (BN) membantu mengutip derma untuk sekolah melalui program ‘walkathon’. Pembangkang boleh saja menganjurkan perkara yang sama tetapi kenapa mereka tidak lakukan? Kenapa perlu cemburu dengan apa yang BN buat?

Untuk rekod, BN memperjuangkan pendidikan untuk Rakyat sejak dari merdeka. Parti komponen BN, MCA contohnya menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman sehingga dikenali sebagai Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) manakala Gerakan pula berbangga dengan Wawasan Open University. 

Bagi pembangkang pula terutama DAP apa yang dapat mereka banggakan? Memekik terlolong membuat kenyataan menyokong pendidikan tetapi parti berkenaan jangan kata Universiti, taska dan tadika pun tidak ada satupun yang pernah mereka bina.

Itu beza MCA dan Gerakan parti komponen BN membantu Rakyat berbanding DAP. MCA dan Gerakan menganjurkan ‘walkathon’ bagi mengumpul dana untuk pendidikan Rakyat. DAP pula menganjurkan Majlis Makan Malam bagi mengisi dana parti dan tembolok pemimpin mereka. Nampak tak?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons