February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


GEORGE TOWN – Caj Pembangunan dan lain-lain caj pembangunan perumahan yang dikenakan ke atas pemaju di Pulau Pinang telah meningkat melebihi tiga kali ganda sejak tahun 2008 menyebabkan peningkatan harga hartanah di Pulau Pinang, menurut Datuk Muhammad Farid Saad.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong itu membandingkan caj pembangunan dan pelbagai caj pembangunan yang dikenakan kepada pemaju mengikut garis panduan perumahan lama sebelum 2008 dan garis panduan semasa di bawah kerajaan negeri Pakatan Harapan hari ini.

Caj pembangunan yang sebelum ini RM5 sekaki persegi untuk projek-projek kediaman kini RM15 sekaki persegi manakala caj pembangunan untuk saliran, tempat letak kereta, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan perumahan kos rendah meningkat lebih daripada dua kali ganda atau tiga kali ganda.

“Saya mendedahkan maklumat ini untuk membuktikan bahawa salah satu daripada sebab-sebab kenaikan harga perumahan di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap pemaju yang kemudian dikenakan pada pembeli rumah,” katanya.

“Caj ini meningkat disebabkan peningkatan kos kira-kira RM120 satu kaki persegi bagi setiap unit perumahan,” dakwanya dalam kenyataan di facebook.

Beliau juga telah mendedahkan jadual yang menyenaraikan perbezaan caj daripada sebelum 2008 dan caj semasa yang dikenakan.

Ketika dihubungi, Muhammad Farid berkata beliau telah menekankan perkara ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri bulan lalu dan kini mendedahkan jadual untuk membuktikan dakwaannya itu.

Beliau mengakui bahawa terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada harga hartanah yang lebih tinggi seperti harga tanah dan harga bahan, kos kontraktor dan margin keuntungan pemaju.

Dalam jadual yang dikongsikan, caj saliran telah meningkat daripada RM10,000 seekar kepada RM50,000 seekar, caj tempat letak kereta daripada RM15,000 setiap petak kepada RM25,000 setiap petak, caj kemudahan masyarakat RM25 sekaki persegi kepada RM500 sekaki persegi dan caj perumahan kos rendah RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang manakala sebelum ini tidak ada apa-apa caj.

Caj ini adalah caj pematuhan kepada projek pembangunan. Caj untuk perumahan kos rendah adalah sebagai ganti untuk membina rumah kos rendah. – malaymailonline



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons