February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng semalam menghentam Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang berikutan tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu.

Dipetik portal The Malaysia Insight, baca di sini, antara istilah yang Joseph Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).

Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya DS Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Joseph Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.

Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan DS Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.

Intipati sebenar tulisan DS Abdul Hadi adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.

Apa yang mahu ditunjukkan oleh DS Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.

Jika Joseph Lim Guan Eng menganggap kenyataan DS Hadi Awang sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.

Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’, pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.

Begitu juga dengan matlamat DAP untuk ‘memulihkan pilihan raya tempatan’, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14/08/2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Joseph Lim Guan Eng wajar mencermin muka beliau terlebih dahulu sebelum mengelar mana-mana pihak sebagai rasis, ekstremis dan tidak berpelembagaan.

Nota Kaki – Joseph Lim Guan Eng juga sekarang telah menjadi seorang yang tidak berprinsip dan lalang untuk keuntungan politik. Tidak percaya? Tonton video ‘Dulu Lain Sekarang Lain’ di bawah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons