February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pihak yang menyebarkan fitnah kononnya lebih ramai ADUN PAS akan ‘melompat’ kepada parti lain termasuk PKR kini sebagai semakin ‘meracau’.

Selepas ini mungkin mereka akan dakwa pula ahli dan pemimpin PAS akan melompat kepada DAP. Mereka yang menyebarkan berita pembohongan itu diminta bertaubat,

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Halimah Ali berkata, oleh kerana ‘demam PRU14’ semakin memuncak, ramai akan meracau bila suhu melangit.

“Virus PRU14 memang virulen dan poten. Jika terjangkit, akan hilang kewarasan. Yang betul dikata salah. Yang salah dikata betul. Yang dulu lawan, dianggap kawan. Yang dulu kawan dilawan habis-habisan,” katanya dipetik daripada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang berkata, mereka kukuh berprinsip dilabelkan gila jawatan sementara yang melompat tak tahan kepanasan.

“Mereka cuba bertubi-tubi membina satu persepsi negatif mengenai YB PAS Selangor. Mereka lontar sebelum ini ada beberapa YB akan keluar PAS, dulu keluar PAS masuk parti serpihan PAS.

Terbaru dikatakan pula 10 Adun PAS akan keluar PAS. Kali ini dikatakan masuk PKR,” ujarnya lagi. Menurut Dr. Halimah, tujuan mereka ialah untuk menunjukkan bahawa ADUN berkenaan telah hilang keyakinan kepada PAS.

Sementara itu  Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  semalam mengi­ngatkan semua ahli dan pimpinan parti itu untuk bersedia menghadapi gelombang fitnah yang dipercayai lebih dahsyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam erti kata mudahnya, PAS menganggap PKR sebagai sebuah parti yang hanya pandai menyebarkan fitnah bagi mengelirukan rakyat demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri untuk menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons