February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Roketkini.com

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto
hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya mendedahkan
tangan-tangan ghaib di sebalik ‘pembunuhan’ 139 mangsa di kem maut Wang
Kelian yang menggemparkan negara pada bulan Mei 2015.

Pendedahan itu katanya harus dibuat
untuk mengetahui sama ada wujud penglibatan ‘ikan bilis’ mahupun
‘jerung’ dalam kes itu tanpa rasa takut.

Sekiranya gagal berbuat demikian,
menteri terbabit perlu meletak jawatan kerana dilihat seolah-olah
melindungi rangkaian penyeludupan manusia.

“Jika tiada sebarang tindakan
diambil, ia satu pengakuan bersalah seolah-olah menjadi alat dalam
rangkaian sindiket tersebut dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku,”
katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejak kontroversi itu
terbongkar, kerajaan kelihatan berahsia dan berhati-hati mendedahkan
maklumat penyiasatan terhadap sebarang kemungkinan ‘tangan ghaib’ yang
terlibat dalam kekejaman itu.

“Saya menggesa Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Zahid Hamidi begitu juga dengan bekas Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar supaya mendedahkan sama ada wujud penglibatan ‘ikan
bilis’ mahupun ‘jerung’ dalam kes itu,” katanya.

Berdasarkan Laporan risikan Cawangan
Khas selama 10 tahun yang didedahkan The News Strait Times sebelum ini,
terdapat 80 peratus pegawai penguatkuasa sempadan menerima rasuah dari
sindiket dadah, senjata dan penyeludupan manusia.

“Menteri Dalam Negeri juga mengakui
bahawa pegawai penguatkuasa juga terlibat dalam aktiviti pemerdagangan
manusia terdiri dari pegawai berpangkat rendah.

“Ini merupakan pengakuan terdapat pegawai penguatkuasa terlibat dalam kem maut tersebut,” kata Kasthuri.

Lebih mengejutkan, pegawai yang didakwa menjadi alat dalam sindiket terbabit bebas kerana tidak cukup bahan bukti.

Katanya lagi, Kementerian Dalam
Negeri dilihat cuba mengelak dari memberi jawapan sebenar sehinggalah
kes tersebut dibongkar oleh laporan wartawan yang menjalankan
penyiasatan dan didedahkan baru-baru ini. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons