February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BEBERAPA orang anggota polis baru menyedari bahawa kereta peronda dinaiki mereka telah diletakkan pada tempat yang salah, selepas mendapati tayar kenderaan itu diapit (clamp).

kereta polis kena clamp

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan dilapor telah mengesahkan kejadian itu.

Sebuah kenderaan peronda diapit oleh bahagian penguatkuasaan Putrajaya Corporation di Menara Usahawan, Presint 2 selepas ia diletakkan secara salah di tepi jalan.

Difahamkan kenderaan berwarna putih dengan tulisan “polis” pada pintunya itu milik kakitangan PDRM yang bertugas dengan jabatan penyiasatan dan penguatkuasaan trafik.

Gambar kejadian itu pula dipercayai telah dimuatnaik oleh seorang penunggang motosikal sekaligus menyebabkan ia tersebar secara meluas di media sosial.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons